Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah.
Bawang putih juga telah disebut dalam buku-buku China terdahulu sebelum tahun 2000 S.M lagi. Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam karya-karya sastera seperti Shakespeare, Chancer dan Danten.
Bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.