Monday, September 12, 2011

Lemah Kawalan Kencing (LUL)

  • Apa perasaan anda sekiranya menghadiri mesyuarat penting, tetapi terpaksa berulang alik ke tandas untuk menunaikan 'hajat'?
  • Adakah ia memberi kesan terhadap prestasi kerja? 
  • Bagaimana pula tanggapan rakan sekerja? 
Pastinya persoalan sebegini bermain di fikiran setiap wanita berkerjaya yang mengalami permasalahan Lemah Kawalan Kencing (LUL) yang mengakibatkan mereka kerap membuang air kecil.



Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, LUL berlaku disebabkan otot lantai pelvik (pelvic floor muscles) wanita menjadi lemah hingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.


Keadaan ini sememangnya memalukan dan ia boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan di samping menghadkan aktiviti.


Tekanan dihadapi juga bukan sedikit kerana perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri sering membelenggu wanita yang menghidapi masalah ini.

Lakukan sesuatu, mulakan dengan melakukan senaman otot yang mudah menggunakan AQUAFLEX Pelvic Floor Exercise.

No comments:

Post a Comment