Showing posts with label allium cepa. Show all posts
Showing posts with label allium cepa. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Bawang Merah (samb.)






Seorang ilmuan Yunani kuno, Herodotes, mengatakan "Saya hairan dengan orang-orang Mesir, bagaiman mereka boleh sakit sementara mereka memiliki bawang merah dan lemon".


 
Perahan bawang merah boleh digunakan untuk meyapu bahagian-bahagian tubuh (tangan dan kaki) yang luka bagi meredakan rasa pedih luka tersebut. (kesan dari analgesik / anodyne).

Rendaman kupasan-kupasan bawang merah boleh diberi minum kepada anak kecil untuk membuang cacing-cacing didalam usus, rebusannya pula berkesan untuk melancarkan kencing (diuretik).

Bawang merah termasuk ubat keluarga yang popular untuk mengatasi jerawat. Juga digunakan untuk menguatkan daya seksual.




Peringatan:  Jangan dikupas dan dihiris kemudian ditinggalkan kerana ia akan mengalami oksidasi dan membentuk bahan beracun. Oleh itu yang terbaik dari segi perubatan adalah bawang merah yang masih segar.

Bawang Merah (Allium Cepa)

Setiap bawang merah mengandungi air, kalori, protein, lemak, karbohidrat, kalsium, asid askorbik (vitamin C) , fosforus, vitamin A, vitamin B plus, vitamin B1 dan zat besi. Selain itu ia juga mengandungi glukosida dan glukokonin.

Vitamin A, B dan C yang terkandung didalambawang merah ditambah dengan minyak-minyak mudah meruap dan susu-susu selulosa dapat merangsang tenaga untuk usus.

Bawang merah mengandungi unsur kerotin yang dapat mencegah pembentukkan tumor yang tidak merbahaya mahupun yang merbahaya (malignant), mencegah penyakit-penyakit kitaran darah serta membersihkannya dari sisa-sisa racun yang terbentuk dari gerakkan konvesional darah.

Kajian membuktikan bahawa bawang merah memiliki  faedah yang besar dalam mengurangi risiko terkena kanser prostat pada kaum lelaki.

Makanan-makanan yang mengandungi bawang merah dan bawang putih mengurangkan risiko terkena penyakit merbahaya ini kerana bawang mengandungi zat allium yang aktif untuk melawan 'radikal-radikal bebas' yang terbentuk didalam tubuh selepas pemprosessan makanan dimana ia boleh menyebabkan penuaan yang cepat dan pertumbuhan sel-sel kanser.
(Sayuran yang kaya dengan zat allium, salah satunya adalah bawang merah, mengandungi zat-zat 'flavonal'      dan sebatian organik yang mampu melawan kanser)






Following plants are found helpful in the treatment of hypertension:

1. Allium cepa (Onion)
2. Rosmarinus officinalis (Rosemary)
3. Allium sativum (Garlic)
4. Nigella sativa (Kalonji (in Urdu))
5. Phoenix dactylifera (DatePalm)




Bawang merah juga mengandungi vitamin C yang memiliki kesan antiseptik dan kesan peransang kerja insulin dalam mengawal gula dalam darahsehingga ia merupakan salah satu jenis ubat yang bermanfaat bagi pesakit diabetis.

selain itu bawang merah mengandungi unsur belerang (sulfur), zat besi, dan vitamin-vitamin yang berfungsi menguatkan urat-urat saraf, zat-zat diuretik yang melancarkan kencing dan hempedu, serta zat-zat perangsang yang mengaktifkan tugas jantung dan kitaran darah.

Bawang merah sangat baik untuk mengubati selsema, asma dan batuk. Anak-anak 2 hingga 7 tahun seringkali terkena serangan inselesemaenza. Sistem pernafasan mereka sangat sensitif, sehingga bahan-bahan penyebab iritasi mudah sekali masuk ke hidung dan rongga-rongganya (sinus), juga ke tekak dan pangkal tekak (larynx). 

Simptom ini disebabkan oleh sistem anak-anak belum boleh bekerja secara maksima. Dari itu disarankan jangan terburu-buru memberi ubat atau zat-zat antibiotik ketika anak-anak terkena penyakit-penyakit ini.


Masakkan bawang merah sangat berkhasiat. Ia bermanfaat untuk mengubati penyakit kuning, batuk, sesak nafas, melancarkan kencing dan bermanfaat mengatasi agigitan anjing.